Oklah.. hari ni saya masak Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Campur Petai ikut resepi original orang negeri 9.. panjangnye pulak nama resepi ni.. padahal orang negeri 9 panggil nama masakan ni SAMBAL DAUN KAYU jer hihi.. oklah.. jom semak bahan2nya..
amacam??? .. nasi sepinggan tak cukup punya..
Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai
Bahan-bahan di HIRIS KASAR
- 1 ikat pucuk ubi - hiris kasar
- 10 helai daun pucuk kaduk - hiris kasar (saya x masukkan pun )
- 10 helai pucuk labu - hiris kasar (ni pun sama, x beli hihi)
- 3 helai daun kunyit
- 4 batang serai
- 20 biji cili api
- 1 1/2 inci kunyit hidup
- 1 genggam ikan bilis
- 6 sudu besar tempoyak
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- 3 papan petai
- 1 keping asam keping
- garam bukit secukupnya.
- Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
- Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk.
- Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
- Masak hingga mendidih dan masukkan garam.
- Masak ikut kepekatan yang dikehendaki.
*resepi ni memang tak guna bawang.
Selamat Mencuba!
Terbaekkk laa..dah bookmark as my feveret blog..kuikui~
ReplyDeletesuE.. tq tq.. singgah selalu yer.. :D
Deletebetul tu...resepi ni x perlu letak bawang halia ataw pelbagai...cukup dgn ikan bilis cili padi kunyit dn serai..mmg seikat pucuk ubi di jualtu..habis kite sorang..so yummy...ditmbh dgn tempoyak...hurmmmmm..asalehe la...
ReplyDeletenik nur .. maaf lama tak godek blog ni .. asalehe la jugak.. memang yummy kan.. dah lama tak masak gulai ni.. terliur lak hihi
DeleteAssalamualaikum minta izin nk cuba resepi ni ya tq
ReplyDelete