Saturday, December 22, 2012

Ribena Fresh Strawberry

Kalau minum Ribena Fresh Strawberry waktu tengahari panas memang superb kan!!! agaknya terasa macam dok kat ladang strawberry lak masa tu.. imaginasi melampau hihihi.. rasa ribena campur dengan rasa strawberry fresh.. wallah.. cubalah sendiri.. pasti nak lagi! Ribena Fresh Strawberry ni encik asben buat malam tadi.. tak sempat nak rasa esok tengahari, 1 jug clear sudah hihi..




 Resepi Ribena Fresh Strawberry

4 sudu Ribena
2 biji buah strawberry
5 ketul ais
1 gelas air sejuk

Cara Menyediakannya:
  1. Blande buah strawberry, air sejuk, ribena dan 2 ketul ais.
  2. Tuangkan ke dalam gelas.
  3. Potong 1/2 biji buah strawberry kecil2 dan masukkan ke dalam gelas tadi.
  4. Masukkan ais dan sedia untuk diminum.
note: sukatan ribena bergantung saiz gelas yer... kalau x cukup boleh tambah lagi.

Monday, December 17, 2012

Nasi Beriani Daging

Dah menjadi kebiasaan saya bila balik rumah mertua.. pasti ada menu special yang akan kami masak bersama.. kali ni kami masak Nasi Beriani Daging bersama dengan Dalca Daging Baling .. hurmmm sedap hihi..


Nasi Beriani Daging
4 pot beras basmathi - basuh dan toskan
1kilo daging - batang pinang

Bahan rempah wangi
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
3 biji cengkih
4 biji buah pelaga


Bahan-bahan rempah beriani:
4 sudu besar rempah beriani
1/2 sudu cili serbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 inci halia - tumbuk halus
4 biji bawang merah - hiris
2 biji tomato - potong dadu
3 biji cili hijau - potong kecil2
1 cawan yogurt - kalau xde boleh gantikan dgn 1 cawan susu cair + 1 sudu perahan lemon
2 tangkai daun ketumbar
2 sudu minyak sapi
3 sudu mentega
3 sudu minyak zaiton


Cara memasak daging beriani:
  1. Panas kan periuk dan masukkan minyak sapi, mentega dan minyak zaiton.
  2. Tumis rempah wangi hingga naik bau.
  3. Masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Tumis seketika.
  4. Masukkan rempah beriani dan serbuk cili yang dah dipeskan (dicampurkan sedikit air).
  5. Tumis rempah hingga naik minyak.
  6. Masukkan daging, tomato dan cili merah, yogurt dan daun ketumbar. Masak hingga daging empuk. Tak perlu letak air sebab daging akan keluarkan airnya sendiri.
  7. Sementara menunggu daging empuk dan menjadi pekat, sediakan periuk untuk masak nasi pula.
  8.  Bila pekat, masukkan garam dan sedikit gula.

Cara memasak nasi beriani:
  1. Masukkan beras yang dibasuh tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 4 pot air juga. Sama banyak dengan sukatan beras tadi. Masak hingga 3/4 masak.
  2. Bila nasi dah masak, masukkan nasi ke dalam periuk yang lain dan berselangkan dengan rempah daging yang dah pekat tadi. Nasi, daging beriani, nasi, daging beriani dan nasi kembali paling atas.
  3. Titiskan beberapa titis pewarna kuning.
  4. Taburkan kismis dan gajus.
  5. Masak semula nasi tadi hingga betul2 masak. 
  6. Gemburkan nasi perlahan-lahan agar kesemua nasi bercampur dengan rempah daging tadi. Masak lagi dalam 5 minit. Taburkan bawang goreng ke atas nasi tersebut dan boleh dihidangkan.




Saturday, December 15, 2012

Pari Masak Kuning

Ni masakan yang terkumpul.. x berkesempatan nak dipublishkan.. simple jer cara masaknye.. yang penting sedap! puji masakan sendiri.. boleh gitu hihi.. tapi memang betul.. selain dari tu, masakan ni boleh membantu pada sesiapa yang nak diet.. tak guna gula, xde santan.. guna air jer dgn bahan2 lain.. jom semak resepi..



Bahan-bahan:

1 kilo ikan pari segar
1 ikat daun kesum - ambil daunnya sahaja
10 batang bendi
2 biji tomato - dibelah 4
3 keping asam keping

Bahan yang ditumbuk lumat:

10 biji cili padi
1 1/2 biji bawang besar- saiz sederhana
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai  - ketuk jer

Cara memasaknya:
  1. Masuk ikan dalam periuk beserta dengan bahan-bahan yang dah ditumbuk.
  2. Masukkan daun kesum dan air secukupnya.
  3. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur bendi, tomato, garam dan secubit perasa.
  4. Masak seketika dan boleh tutup api.

Popular Posts