Saturday, November 24, 2012

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai

Kalau kita wat research sikit resepi ni lam internet ni, rasa x tau nak ikut resepi mana satu.. ada macam2 version.. ada yang guna bawang, halia, lengkuas dan ada yang tak guna bawang langsung.. ada yang guna ikan bilis sebagai perencah dan ada juga yang guna udang.. ada yang campur pucuk ubi dengan daun pucuk kaduk dan pucuk labu dan ada yang tak.. tapi dari hasil yg diperolehi nampaknya macam SEDAP jer semuanya..

Oklah.. hari ni saya masak Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Campur Petai ikut resepi original orang negeri 9.. panjangnye pulak nama resepi ni.. padahal orang negeri 9 panggil nama masakan ni SAMBAL DAUN KAYU jer hihi.. oklah.. jom semak bahan2nya..

amacam??? .. nasi sepinggan tak cukup punya..


Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai
 
Bahan-bahan di HIRIS KASAR
  • 1 ikat pucuk ubi - hiris kasar
  • 10 helai daun pucuk kaduk - hiris kasar (saya x masukkan pun )
  • 10 helai pucuk labu - hiris kasar (ni pun sama, x beli hihi)
 Bahan-bahan di HIRIS HALUS
  • 3 helai daun kunyit 
  • 4 batang serai 
 Bahan-bahan di TUMBUK
  • 20 biji cili api 
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 genggam ikan bilis
Bahan-bahan lain
  • 6 sudu besar tempoyak
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 papan petai
  • 1 keping asam keping
  • garam bukit secukupnya.
Cara membuatnya:
  1. Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
  2. Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk.
  3. Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
  5. Masak hingga mendidih dan masukkan garam.
  6. Masak ikut kepekatan yang dikehendaki. 
*kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu shj.. sukatan bahan lain tetap sama.
*resepi ni memang tak guna bawang.

Selamat Mencuba!

5 comments:

  1. Terbaekkk laa..dah bookmark as my feveret blog..kuikui~

    ReplyDelete
    Replies
    1. suE.. tq tq.. singgah selalu yer.. :D

      Delete
  2. betul tu...resepi ni x perlu letak bawang halia ataw pelbagai...cukup dgn ikan bilis cili padi kunyit dn serai..mmg seikat pucuk ubi di jualtu..habis kite sorang..so yummy...ditmbh dgn tempoyak...hurmmmmm..asalehe la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nik nur .. maaf lama tak godek blog ni .. asalehe la jugak.. memang yummy kan.. dah lama tak masak gulai ni.. terliur lak hihi

      Delete
  3. Assalamualaikum minta izin nk cuba resepi ni ya tq

    ReplyDelete

Popular Posts