Wednesday, August 12, 2015

RESEPI AYAM PERCIK SEDAP

RESEPI AYAM PERCIK
(utk 2 ekor ayam)

Bahan A:
Ayam 2 ekor belah tengah

Bahan B:
100 gm cili kering
3 batang serai
4 biji buah keras
1 inci halia
2 inci lengkuas
sepeket kecil lada hitam (biji)
2 biji bawang besar
7 biji bawang putih
pisang emas ranum 4 biji (dibakar)

Bahan C:
4 ketul Gula Melaka
5 sdb Serbuk cili
250gm Santan pekat
1 cawan susu cair

Bahan D:
Gula
Garam
Serbuk perasa
1 sdk Daun thyme

Cara penyediaan:
1. Basuh ayam hingga bersih
2. Rebus cili kering terlebih dahulu, pastikan biji dibuang
3. Bakar pisang yang ranum di atas dapur. Bakar hingga bau hangit2 pisang
4. Kemudian masukkan semua BAHAN B ke dalam pengisar, dan kisar semua bahan tersebut termasuk pisang dan cili kering yang direbus tadi. Kisar sehingga halus.

**Tujuan kita menggunakan pisang supaya bahan perapan tu nanti akan lebih pekat dan mudah bersalut pd ayam, dan kemanisan buah pisang tersebut akan memberikan kelainan rasa pada perapan tersebut.

5. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak selama 5 minit.
6. Kemudian masukkan semua BAHAN C.
7. Masak sehingga gula melaka tdi hancur dan bahan-bahan lain sebati.
8. Akhir sekali baru masukkan BAHAN D. Ikut citarasa anda.

**Siap. Tuangkan bahan perapan yang dimasak tadi di atas ayam. Dan ratakan perapan ayam pda ayam tersebut dan simpan sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.


NOTE:
Resepi ini juga boleh bagi sesiapa yang tak mahu masak dulu bahan perapan tadi.. Cuma perlu cairkan gula melaka dan campur dgn bahan-bahan lain.


Resepi saya dapat menerusi sharing di FB oleh kwn2 saya. Terima kasih pada Puan Yussuhaida Yusoff yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni naa..



Popular Posts