Tuesday, November 27, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Dah terliur? fuh fuh fuh.. sabar 2x.. tengah musim durian ni,senang nak dapat tempoyak baru.. lagi baru tempoyak tu lagi sedap buat sambal.. mak saya suka sambal durian.. lagi sedap katanya.. manis.. hihi saya nak tempoyak yang baru tapi nak masam2 gitu.. oh yer.. saya ada tips nak berkongsi dengan kawan2 pasal cara nak memilih tempoyak yang dijual kat pasar atau pasar malam.. biasa kita akan minta tempoyak baru kan.. tapi jangan lah dengan penuh yakin percaya bulat2 kata si peniaga tu.. ramai yang menipu.. ramai yang jual tempoyak lama yang dah tersimpan kat rumah dorang.. time musim ni lah nak habiskan stok lama.. pembeli bukannya tau pilih pun.. kan kan..

Begini cara nak memilihnya.. cuba perhatikan bungkusan plastik tempoyak tu betul2... bukan sebab tempoyak lama plastiknya kusam ok.. plastik tetap sama kualiti.. sama2 baru sebab baru dibungkus.. cuba perhatikan GAS atau WAP yang ada dalam plastik tu.. lagi banyak gas atau wap bermakna tempoyak tu tempoyak baru.. kalau yang dah tak berwap atau wap sikit2 tu, takyah lah beli.. tak sedap.. masam gile! kadang2 tu tempoyak lama ada yang dah tersimpan 2,3 tahun.. huhuuhu.. nak masak gulai pun tak sedap.. so lepas ni jangan tertipu atau di tipu ok..

oklah jom kita semak resepi yang ringkas ni..

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan-bahannya:
  • 7 biji cili api
  • 1/2 genggam ikan bilis - dah belah dua
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 2 cubit garam
Cara menyediakannya:
  1. Di dalam lesung batu, masukkan cili api dan garam sekali, tumbuk cili api hingga lumat.
  2. Masukkan ikan bilis yang dah dibasuh dan ditoskan, tumbuk kasar ..
  3. Gaulkan bahan tumbuk dan masukkan tempoyak ke dalam lesung batu dan gaul hingga sebati.
  4. Keluarkan dan letak diatas piring bersama ulam-ulaman. 
  5. Siap untuk di makan.

Saturday, November 24, 2012

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai

Kalau kita wat research sikit resepi ni lam internet ni, rasa x tau nak ikut resepi mana satu.. ada macam2 version.. ada yang guna bawang, halia, lengkuas dan ada yang tak guna bawang langsung.. ada yang guna ikan bilis sebagai perencah dan ada juga yang guna udang.. ada yang campur pucuk ubi dengan daun pucuk kaduk dan pucuk labu dan ada yang tak.. tapi dari hasil yg diperolehi nampaknya macam SEDAP jer semuanya..

Oklah.. hari ni saya masak Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Campur Petai ikut resepi original orang negeri 9.. panjangnye pulak nama resepi ni.. padahal orang negeri 9 panggil nama masakan ni SAMBAL DAUN KAYU jer hihi.. oklah.. jom semak bahan2nya..

amacam??? .. nasi sepinggan tak cukup punya..


Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai
 
Bahan-bahan di HIRIS KASAR
  • 1 ikat pucuk ubi - hiris kasar
  • 10 helai daun pucuk kaduk - hiris kasar (saya x masukkan pun )
  • 10 helai pucuk labu - hiris kasar (ni pun sama, x beli hihi)
 Bahan-bahan di HIRIS HALUS
  • 3 helai daun kunyit 
  • 4 batang serai 
 Bahan-bahan di TUMBUK
  • 20 biji cili api 
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 genggam ikan bilis
Bahan-bahan lain
  • 6 sudu besar tempoyak
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 papan petai
  • 1 keping asam keping
  • garam bukit secukupnya.
Cara membuatnya:
  1. Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
  2. Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk.
  3. Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
  5. Masak hingga mendidih dan masukkan garam.
  6. Masak ikut kepekatan yang dikehendaki. 
*kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu shj.. sukatan bahan lain tetap sama.
*resepi ni memang tak guna bawang.

Selamat Mencuba!

Thursday, November 22, 2012

Udang Galah Nenas

Sempena kejayaan anakanda sulung saya dalam UPSR baru2 ni, saya masak Udang Galah Nenas Masak Cili Padi.. cleaaarr!!! hihi.. resepi nanti saya update..


Sambal Tempe Ikan Bilis


Jamu mata dulu.. resepi akan menyusul nanti.. :)

Wednesday, November 21, 2012

Kembong Masak Kuning

Saya masak Kembong Masak Kuning ni semalam.. dah lama tak masak kuning.. kat rumah mak saya masakan ni juga dikenali dengan nama Kembong Masak Air atau Kembong Masak Pindang.. ikut suka lah nak panggil nama apa hihi.. masaknya sangat2 lah mudah.. rasanya pun sedap.. leh wat menu diet tau.. ialah mana ada guna santan.. cuma air jer..

Nak cuba? jom semak resepi k..


 Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembong
(cuci dengan air asam keping)

2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 batang serai*
2 ulas bawang puti* (*ketuk-ketuk jer)

5 biji bawang merah
10 biji cili api
3 keping asam keping
1 helai dun kunyit - carik2 jer
1 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Tumbuk cili api dengan bawang merah sampai lumat.Masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali ikan dan masukkan air anggaran 300ml ke dalam periuk tadi.
  3. Masak sehingga mendidih dan baru masukkan ikan kembung yang telah diperap asam keping tadi.
  4. Tambah air jika kurang.. tahap air ikut kehendak masing2.. tapi jangan lebih dari 3/4 paras ikan tadi.. nanti cair pula rasa gulainya.
  5. Biarkan mendidih seketika dan tambah garam secukupnya dan sedikit bahan perasa (secubit shj)
Senang jer kan.. Selamat Mencuba!

Saturday, November 17, 2012

Apam Polkadot & Tips

Resepi kali ni saya ambik dari blog galerymamamimi .. memang sedap ar apam polkadot ni walaupun dah sejuk.. lembut jer apam tu.. terima kasih yer mamamimi sebab sudi berkongsi tips yang sangat2 berguna ni..

Pada kawan2 yang nak mencuba, resepinya ada dibawah ni yer..




APAM STRAWBERI/Apam Polkadot
 Resepi : Ain Rusli
 Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

Tuesday, November 6, 2012

Kuih Cara Berlauk Kari Daging

Kuih cara berlauk ni memang sedap.. saya, suami dan anak2 makan berketul2 setiap kali masak kuih ni.. nak buatnya takde lah susah mana.. inti daging tu kita boleh buat malamnya dan masukkan dalam peti ais.. bila nak masak kuih ni keluarkan setengah jam dari peti ais.. lepastu kita bancuh adunan tepung jer.. itupun saya main blend jer hihi.. senang jerkan.. tak ambik masa sangatkan.. oklah.. kalau ada yang nak cuba, resepinya ada kat bawah k..


BAHAN UNTUK INTI

  • 200 gm daging kisar (1/2 keping daging cincang Ramly Burger)
  • 3 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 1/2 biji bawangbesar (sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh udang kering
  • Garam dan sedikit gula

BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Blend bawang putih dan bawang merah dan tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blender dengan udang kering, tumis kekuningan sikit dan masukkan rempah kari yang dah dipeskan (bancuh dgn air) dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.

UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
  • blender jer semua bahan

CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 5 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

Monday, November 5, 2012

Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang


 Resepi Nasi Dagang dah ada.. tak lengkap lah kan kalau takde resepi Gulai Ikan Tongkol nya pulak kan.. so jom.. kita tengok bahan-bahan yang saya guna untuk gulai Ikan Tongkol ni.. Resepi asal saya ambik dari blog kakyati... boleh rujuk SINI, cuma rempah gulai tu saya beli yang dah siap dari jiran. Kalau nak beras campuran untuk nasi dagang pun dia ada jual dengan harga RM8.90 1kg.

Langkah Pertama: Rebus ikan tongkol semalamnya dan simpan dalam peti ais.


 Bahan-bahannya:
  • 2 ekor ikan tongkol
  • 7 keping asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Bahan-bahan rempah ratus:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 10 biji bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup* (*diblend)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 peket rempah gulai nasi dagang - peskan
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • air secukupnya
  • air asam jawa
  • 1/2 cawan gula melaka/gula merah
  • garam
  • 10 - 15 biji cili api - takyah belah
  • minyak untuk menumis
Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
  2. Biarkan hingga naik bau dan masukkan cili kisar.
  3. Goreng cili hingga garing dan masukkan bahan-bahan yang diblend. 
  4. Masak hingga garing dan masukkan rempah gulai yang dipeskan.
  5. Masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan santan cair dan renihkan hingga kuah mendidih dan kacau selalu.
  7. Masukkan air rebusan ikan dan jus asam jawa.
  8. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih, masukkan gula melaka, garam dan gula. 
  9. Masukkan ikan yang telah direbus semalam dan renih hingga kepekatan yang disukai.
  10. Masukkan cili padi dan masak sekejap dan padamkan api.

Sunday, November 4, 2012

Nasi Dagang Terengganu


Fuh fuh fuh.. berhabuk rasanya blog saya ni tak dijengah.. banyak dah gambar2 dan resepi yang menunggu giliran nak diupdatekan.. hampir 2 minggu saya sekeluarga balik kampung mil.. masa kat rumah mil, berukben saya sangat2 lah menyedihkan serbisnye.. terpaksalah saya pendam perasaan yang membuak2 nak update itu ini kat sini.. cehhh ayat kikiki... oklah xmo cakap banyak.. jom kita tengok resepi nasi dagang terengganu ni.. kalau nasi dagang kelantan kaler coklat2 sikit tapi yang ni kaler putih jer..

Bahan A
  • 4 cawan beras siam wangi ]
  • 1 1/2 cawan beras pulut    ] (rendam sekurangnya2 4 jam)
 Bahan B:
  • 10 biji bawang merah - di mayang 
  • 2 inci halia - dimayang  
  • 1500 ml santan  
  • 2 camca besar halba 
  • 1 camca teh garam 
  • ½ camca teh gula

Cara Membuatnya:

  • Campur, bersihkan dan rendam beras dahulu selama 4-5 jam. 
  • Kemudian kukus hingga hampir masak,  
  • Bila hampir masak, keluarkan ke dalam mangkuk besar,  
  • Gaul bersama campuran bahan B iaitu halba, santan, bawang merah dan halia yang telah dimayang, garam dan sedikit gula, gaul lagi sehingga sebati.. biarkan seketika dalam 5 minit dan kemudian kukus semula hingga masak.

Popular Posts