Sebelum ni saya pernah baca tentang perbezaan antara
Dairy Wipping Cream dengan
Non Dairy Wipping Cream tapi saya dah lupa kat mana saya baca info tersebut.. semalam masa saya mencari info tentang buttercream, saya terjumpa balik info ini tapi dalam olahan yang lebih kemas dan cukup mudah untuk difahami.. terima kasih yer kak Ita tuan punya blog
Masam Manis atas penjelasan yang cukup jelas buat saya.. dan mohon untuk share di sini untuk panduan saya dan pembaca yang lain.
Marilah kita sama - sama fahami tentang kedua-dua bahan
tersebut akan fungsi dan kegunaannya.
Whipping Cream atau krim putar,
mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan kek tapi tidak di pasaraya. Biasanya Krim putar tenusu
Dairy Wipping Cream sahaja yang dijual di pasaraya kerana ia hanya perlu disimpan di tempat sejuk berbanding krim bukan tenusu
Non Dairy Wipping Cream yang
perlu disimpan di tempat beku untuk tahan lebih lama. Krim ini dijual
di dalam kotak. Krim ini bewarna
putih bersih dan lebih digemari. Rasanya tidak terlalu manis
dan tidak muak memakannya. Tapi jangan salah faham, kerana terdapat
perbezaan antara kedua-dua bahan tersebut dari segi bahan dan fungsi
kegunaan.
Mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua bahan krim tersebut.
Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping Cream
Non-Dairy Whipping Cream ~ Krim Putar Bukan Tenusu
Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Fresh Cream @ Whip
Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream
Adalah
krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak
sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini
menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan
krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang
3~4x ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan
dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga
menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan
menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk
cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati
(kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses
nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga
kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja.
Kegunaan dan cara menggunakannya
-
Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan
lebih lama. Oleh itu apabila kita hendak menggunakannya hendaklah
dikeluarkan lebih awal untuk proses nyah beku. Tapi pastikan bukan pada
suhu bilik ya.. ia hanya perlu dicairkan sahaja dan berada dalam kadar
sejuk.
-
Oleh itu adalah penting kita mengoncang dahulu kotak supaya ia sebati
kerana kandungan krim dan air biasanya terpisah semasa proses pembekuan
dalam freezer.
-
Tuangkan hanya dalam sukatan yang diperlukan sahaja. Untuk 1 liter boleh
digunakan untuk membuat 3 biji kek. Krim putar pula akan mengembang
sehingga berkali ganda.
-
Sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk
mixer dan alat pemukul dalam keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap
peralatan dalam peti ais) ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan
proses pengembangan krim.
- Mulakan proses memukul krim pada kelajuan perlahan dan tambahkan
kelajuan apabila melihat krim sudah mula menngental. Perlahan kelajuan
bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasannya masa yang diambil
untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. Krim yang diputar sempurna
biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku.
Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah sahaja.
-
Krim putar bukan tenusu ini telah tersedia kemanisannya, tetapi jika
inginkan rasa yang lebih manis bolehlah tambahkan sedikit gula halus.
-
Krim putar ini boleh diwarnakan dengan pewarna masakkan gel. Letakkan
pewarna sewaktu proses memutar. Jangan gunakan pewarna cecair kerana
dibimbangi jika terlebih bahan cecair akan menganggu proses kekentalan
krim.
Bagaimana pula caranya untuk menyimpan lebihan krim?
- Krim yang lebih boleh diguna semula. Simpan dalam bekas kedap udara dan
letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan.
Biasanya krim ini tidak tahan lama.
- Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan
perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. Ia
hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak
dihidangkan.
Di bawah ini adalah beberapa produk
Non Dairy Wipping Cream yang selalu kak ita gunakan
Ini adalah yang biasa dan selalu digunakan juga oleh kebanyakan. Kita
hanya perlu putar sahaja hingga ia kental, selepas itu boleh lah diguna
pakai untuk hiasan kek.
Yang ini pula sama juga seperti di atas tapi ia ada perisa coklat. Menurut Kak Ita, yang ni
selalu kak ita guna untuk base kek sebelum kak ita tuangkan ganache. Atau boleh
juga untuk disalutkan pada permukaan kek jika inginkan kek yang berkrim
coklat.
Ini pula kak ita guna pakai bila kak ita inginkan perisa
pada topping cake. Cara menggunakannya sama cuma kaedahnya sedikit
berlainan. Ia menggunakan kaedah 2:1, dimana 2 cawan Whip Topping dan 1
cawan jus atau susu atau apa2 cecair yang kita inginkan.
Dairy Wipping Cream ~ Krim Putar Tenusu
Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Thick cream atau Double Cream
Adalah merupakan hasil tenusu
dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam
masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah
untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul
dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah
dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai
untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya
kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan
bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream
yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai
untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan
diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di
pasaraya-pasaraya besar.
Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan
lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum
membeli.
Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam
pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat) sebagai contoh untuk penyediaan Ganache.
Ia boleh digantikan dengan bahan lain, namum tidak boleh
digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair
dalam masakan.
Kegunaan dan cara menggunakannya
Seperti Non-Dairy Whipping, krim jenis
ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan
ditempat beku. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak
krim
tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, alat
memukul
dan krim putar di dalam peti sejuk. Ini kerana krim putar
akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Resepi yang
menggunakan krim putar jenis tenusu ini contoh: triffle atau tiramisu
mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan dessert tersebut dalam
peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.
Cara memutarnya perlulah dalam kadar sedrhana, tapi pastikan adunan
tidak terlebih pukul. Adunan whipping cream yang terlebih di pukul akan mencair semula, dan
boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa
gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang
putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan
gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair
buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di
dalam sesuatu resepi seperti pancake, kek, biskut dan lain-lain.
Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan
menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara
buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.
Antara contoh product Dairy Whipping Cream
di pasaran. Pastikan tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum
membeli. Hanya Anchor sahaja yang kak ita pasti boleh digunakan, 2 lagi
jenama tidak pasti pula tanda halalnya.
PERINGATAN!!
2 hari lepas, saya beli 2 produk Dairy Whipping Cream iaitu EMBORG & Anchor.. lepas baca info ni cepat2 saya pergi ambil whipping cream yang saya beli tu.. dan sesi belek membelek pun bermula.. memula saya belek EMBORG.. jenuh saya belek.. alamakkk!! takde tanda halal lah.. adusss.. keraguan mula melanda hati ini.. ok letak tepi dulu..
pastu saya belek Anchor pula.. fuhh.. ada!!
berbalik pada jenama EMBORG tu.. dalam hati tertanya2
juga.. macamana saya boleh ambil yang takde tanda halal ni ekk.. tapi
masa pilih tu macam dah confirm.. mungkin sebab kat satu side kotak tu keseluruhannya menggunakan tulisan jawi.. pastu ada pula satu
pula bulatan yang seakan bulatan logo halal.. aduhai.. careless sungguh
saya.. takpelah.. ini pengajaran buat saya supaya lebih berhati2 lain
kali..
Terima kasih kepada sumber rujukan :