Monday, May 25, 2015

CARA YANG BETUL CAIRKAN COKLAT COMPOUND

Siapa pernah buat cara begini untuk cairkan coklat?? caranya: dengan panaskan air dalam periuk dan bila mendidih, anda letak mangkuk coklat di atas periuk tersebut dan cairkan ketika api masih on lagi..

Tahukah anda, cara tu sebenarnya salah..  teknik tu digunakan kalau kita guna coklat masakan je.. tapi kalau kita guna coklat compound.. tak boleh buat begitu..

Cara untuk cairkan coklat compound ni lain sikit sebab suhu tak boleh tinggi sangat.. caranya begini..

Peralatan yang diperlukan:
Termos
Mangkuk aluminium
Spatula plastik
Acuan coklat
Piping bag
Tuala untuk mengelap

Cara-cara :
1.  Potong coklat susu dan coklat gelap kecil2 supaya senang cair.
2.  Masukkan air panas ke dalam termos, pastikan tidak menyentuh dasar mangkuk alum apabila di letakkan.  Letakkan mangkuk alum di atas termos berisi air panas.
3.  Masukkan potongan coklat, biarkan selama 10 minit hingga bahagian bawah coklat mencair.
4.  Gunakan spatula plastik dan kacau coklat hingga mencair sepenuhnya.  Angkat dan lap bahagian bawah mangkuk supaya air tidak menitik ke dalam coklat apabila di tuang ke dalam piping bag.
5.  Ikat bahagian atas piping bag dan gunting sedikit muncungnya.  Picit separuh coklat ke dalam acuan.

Tak susahkan.. tekstur coklat pun cantik je tau.. cuba lah..


Wednesday, May 6, 2015

RESEPI CONFLAKES MADU PEDAS & RANGUP

Hari ni saya nak share resepi  CORNFLAKES MADU PEDAS RANGUP pulak.. sedap usah kata lah.. krup krap dalam mulut nguyah hihi.. boleh buat untuk santapan hari raya jugak.. 
Jom tengok bahan2nya..


Bahan-bahan :
  • 1 kotak cornflakes 275g
  • 1 mangkuk ikan bilis - saya panggang
  • 1 mangkuk kacang tanah - saya panggang juga
  • 1 biji bawang besar  (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 sudu cili kering kisar
  • 8 sudu madu
  • 1 sudu kfc garam - saya guna garam bukit ·  
  • 100 g mentega +/- - saya guna minyak masak

Cara-cara :
  1. Cairkan mentega dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai cili garing.
  2. Masukkan garam dan madu. Kacau sebati.
  3. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis panggang tadi dan kacau lagi.. kemudian masukkan conflakes dan kacau rata hingga sebati.
  4. Panaskan oven pada suhu 170C- 180C
  5. Taburkan conflakes yang dah digaul dengan sambal tadi ke atas dulang pembakar. Dan bakar dalam 3-5 minit je.. jangan sampai hangus..
  6. Sejukkan sebelum sinpan dalam balang
Nape perlu bakar? bakar ni tujuannya nak bagi conflakes bertambah rangup dan tahan lebih lama. Kalau tak nak bakar pun takpe.. rangup jugak tapi takdelah serangup kalau dibakar.. bab tahan lama ni.. rasanya mmg tak kan tahan lama dalam balang tu.. mesti licin punye!! hihihi

Kat bawah ni saya ada share gambar antara step2 membuatnya ye.. SELAMAT MENCUBA!








Tadaaa.... amacam??


Tuesday, May 5, 2015

RESEPI KUIH KASUI



Sebenarnya Kuih Kasui ni dah lama saya buat.. cuma tak sempat nak masukkan ke sini lagi.. resepi kali ni saya guna resepi dari kak MadihaA .. memang sedap..!! feberet mak saya ni :D
Jom kita semak bahan-bahannya..

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula merah
1/2 cawan tepung ubi
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur (masukkan 1/4 cawan air dalam bekas kapur makan & kacau sikit gunakan jari untuk hasilkan air kapur yang sederhana pekat, kemudian baru sukat)
3 sudu besar kicap manis (untuk warna & menaikkan rasa lemak - saya tak letak)
7 cawan air

Bahan salut
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
(kukus sebentar untuk elak cepat basi)

Cara menyediakannya
1. Masak gula merah bersama 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 4 cawan air lagi.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung ubi dalam satu bekas dan gaulkan. Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil kacau rata menggunakan whisker. Campurkan air kapur dan kicap & kacau sehingga tiada berbintil. Tapiskan adunan ke dalam loyang saiz 10"
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang 45-55 minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih.
5. Setelah masak, jika ada air dipermukaan kuih bolehlah dibuang dengan mengereng sedikit loyang & cedok dengan sudu. Boleh juga ambil tisu dapur & lapkan permukaan kuih.
6. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong & salut dengan kelapa parut.

Note: Kata Kak MadihaA, kalau nak manis boleh tambahkan sikit gula pasir dalam adunan semasa membancuh. Boleh rasa adunan sebelum kukus untu agak manis dah ok atau belum.

Ok sekian.. Selamat Mencuba!


INILAH PADAHNYA BILA JARANG UPDATE BLOG

Alhamdulillah akhirnya saya dapat semula blog saya ni..
dah berbulan saya mencari.. kadang-kadang putus asa pun ada..
selalunya saya tulis dalam buku mana2..
tu lah.. tulis pun dalam buku mana2 kan.. nak cari bukunya tu pun satu hal hihi..
ni semua sebab jarang2 sangat update sampai saya lupa email dan password blog ni.. tapi tu lah klau kita buat keje dgn hati tak tenang, memang susah nak dapat solutionnya..
anyway..TQ MR GOOGLE!

Popular Posts