Tuesday, May 5, 2015

RESEPI KUIH KASUI



Sebenarnya Kuih Kasui ni dah lama saya buat.. cuma tak sempat nak masukkan ke sini lagi.. resepi kali ni saya guna resepi dari kak MadihaA .. memang sedap..!! feberet mak saya ni :D
Jom kita semak bahan-bahannya..

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula merah
1/2 cawan tepung ubi
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur (masukkan 1/4 cawan air dalam bekas kapur makan & kacau sikit gunakan jari untuk hasilkan air kapur yang sederhana pekat, kemudian baru sukat)
3 sudu besar kicap manis (untuk warna & menaikkan rasa lemak - saya tak letak)
7 cawan air

Bahan salut
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
(kukus sebentar untuk elak cepat basi)

Cara menyediakannya
1. Masak gula merah bersama 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 4 cawan air lagi.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung ubi dalam satu bekas dan gaulkan. Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil kacau rata menggunakan whisker. Campurkan air kapur dan kicap & kacau sehingga tiada berbintil. Tapiskan adunan ke dalam loyang saiz 10"
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang 45-55 minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih.
5. Setelah masak, jika ada air dipermukaan kuih bolehlah dibuang dengan mengereng sedikit loyang & cedok dengan sudu. Boleh juga ambil tisu dapur & lapkan permukaan kuih.
6. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong & salut dengan kelapa parut.

Note: Kata Kak MadihaA, kalau nak manis boleh tambahkan sikit gula pasir dalam adunan semasa membancuh. Boleh rasa adunan sebelum kukus untu agak manis dah ok atau belum.

Ok sekian.. Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment

Popular Posts