Saturday, December 22, 2012

Ribena Fresh Strawberry

Kalau minum Ribena Fresh Strawberry waktu tengahari panas memang superb kan!!! agaknya terasa macam dok kat ladang strawberry lak masa tu.. imaginasi melampau hihihi.. rasa ribena campur dengan rasa strawberry fresh.. wallah.. cubalah sendiri.. pasti nak lagi! Ribena Fresh Strawberry ni encik asben buat malam tadi.. tak sempat nak rasa esok tengahari, 1 jug clear sudah hihi..




 Resepi Ribena Fresh Strawberry

4 sudu Ribena
2 biji buah strawberry
5 ketul ais
1 gelas air sejuk

Cara Menyediakannya:
  1. Blande buah strawberry, air sejuk, ribena dan 2 ketul ais.
  2. Tuangkan ke dalam gelas.
  3. Potong 1/2 biji buah strawberry kecil2 dan masukkan ke dalam gelas tadi.
  4. Masukkan ais dan sedia untuk diminum.
note: sukatan ribena bergantung saiz gelas yer... kalau x cukup boleh tambah lagi.

Monday, December 17, 2012

Nasi Beriani Daging

Dah menjadi kebiasaan saya bila balik rumah mertua.. pasti ada menu special yang akan kami masak bersama.. kali ni kami masak Nasi Beriani Daging bersama dengan Dalca Daging Baling .. hurmmm sedap hihi..


Nasi Beriani Daging
4 pot beras basmathi - basuh dan toskan
1kilo daging - batang pinang

Bahan rempah wangi
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
3 biji cengkih
4 biji buah pelaga


Bahan-bahan rempah beriani:
4 sudu besar rempah beriani
1/2 sudu cili serbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 inci halia - tumbuk halus
4 biji bawang merah - hiris
2 biji tomato - potong dadu
3 biji cili hijau - potong kecil2
1 cawan yogurt - kalau xde boleh gantikan dgn 1 cawan susu cair + 1 sudu perahan lemon
2 tangkai daun ketumbar
2 sudu minyak sapi
3 sudu mentega
3 sudu minyak zaiton


Cara memasak daging beriani:
  1. Panas kan periuk dan masukkan minyak sapi, mentega dan minyak zaiton.
  2. Tumis rempah wangi hingga naik bau.
  3. Masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Tumis seketika.
  4. Masukkan rempah beriani dan serbuk cili yang dah dipeskan (dicampurkan sedikit air).
  5. Tumis rempah hingga naik minyak.
  6. Masukkan daging, tomato dan cili merah, yogurt dan daun ketumbar. Masak hingga daging empuk. Tak perlu letak air sebab daging akan keluarkan airnya sendiri.
  7. Sementara menunggu daging empuk dan menjadi pekat, sediakan periuk untuk masak nasi pula.
  8.  Bila pekat, masukkan garam dan sedikit gula.

Cara memasak nasi beriani:
  1. Masukkan beras yang dibasuh tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 4 pot air juga. Sama banyak dengan sukatan beras tadi. Masak hingga 3/4 masak.
  2. Bila nasi dah masak, masukkan nasi ke dalam periuk yang lain dan berselangkan dengan rempah daging yang dah pekat tadi. Nasi, daging beriani, nasi, daging beriani dan nasi kembali paling atas.
  3. Titiskan beberapa titis pewarna kuning.
  4. Taburkan kismis dan gajus.
  5. Masak semula nasi tadi hingga betul2 masak. 
  6. Gemburkan nasi perlahan-lahan agar kesemua nasi bercampur dengan rempah daging tadi. Masak lagi dalam 5 minit. Taburkan bawang goreng ke atas nasi tersebut dan boleh dihidangkan.




Saturday, December 15, 2012

Pari Masak Kuning

Ni masakan yang terkumpul.. x berkesempatan nak dipublishkan.. simple jer cara masaknye.. yang penting sedap! puji masakan sendiri.. boleh gitu hihi.. tapi memang betul.. selain dari tu, masakan ni boleh membantu pada sesiapa yang nak diet.. tak guna gula, xde santan.. guna air jer dgn bahan2 lain.. jom semak resepi..



Bahan-bahan:

1 kilo ikan pari segar
1 ikat daun kesum - ambil daunnya sahaja
10 batang bendi
2 biji tomato - dibelah 4
3 keping asam keping

Bahan yang ditumbuk lumat:

10 biji cili padi
1 1/2 biji bawang besar- saiz sederhana
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai  - ketuk jer

Cara memasaknya:
  1. Masuk ikan dalam periuk beserta dengan bahan-bahan yang dah ditumbuk.
  2. Masukkan daun kesum dan air secukupnya.
  3. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur bendi, tomato, garam dan secubit perasa.
  4. Masak seketika dan boleh tutup api.

Tuesday, November 27, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Dah terliur? fuh fuh fuh.. sabar 2x.. tengah musim durian ni,senang nak dapat tempoyak baru.. lagi baru tempoyak tu lagi sedap buat sambal.. mak saya suka sambal durian.. lagi sedap katanya.. manis.. hihi saya nak tempoyak yang baru tapi nak masam2 gitu.. oh yer.. saya ada tips nak berkongsi dengan kawan2 pasal cara nak memilih tempoyak yang dijual kat pasar atau pasar malam.. biasa kita akan minta tempoyak baru kan.. tapi jangan lah dengan penuh yakin percaya bulat2 kata si peniaga tu.. ramai yang menipu.. ramai yang jual tempoyak lama yang dah tersimpan kat rumah dorang.. time musim ni lah nak habiskan stok lama.. pembeli bukannya tau pilih pun.. kan kan..

Begini cara nak memilihnya.. cuba perhatikan bungkusan plastik tempoyak tu betul2... bukan sebab tempoyak lama plastiknya kusam ok.. plastik tetap sama kualiti.. sama2 baru sebab baru dibungkus.. cuba perhatikan GAS atau WAP yang ada dalam plastik tu.. lagi banyak gas atau wap bermakna tempoyak tu tempoyak baru.. kalau yang dah tak berwap atau wap sikit2 tu, takyah lah beli.. tak sedap.. masam gile! kadang2 tu tempoyak lama ada yang dah tersimpan 2,3 tahun.. huhuuhu.. nak masak gulai pun tak sedap.. so lepas ni jangan tertipu atau di tipu ok..

oklah jom kita semak resepi yang ringkas ni..

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan-bahannya:
  • 7 biji cili api
  • 1/2 genggam ikan bilis - dah belah dua
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 2 cubit garam
Cara menyediakannya:
  1. Di dalam lesung batu, masukkan cili api dan garam sekali, tumbuk cili api hingga lumat.
  2. Masukkan ikan bilis yang dah dibasuh dan ditoskan, tumbuk kasar ..
  3. Gaulkan bahan tumbuk dan masukkan tempoyak ke dalam lesung batu dan gaul hingga sebati.
  4. Keluarkan dan letak diatas piring bersama ulam-ulaman. 
  5. Siap untuk di makan.

Saturday, November 24, 2012

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai

Kalau kita wat research sikit resepi ni lam internet ni, rasa x tau nak ikut resepi mana satu.. ada macam2 version.. ada yang guna bawang, halia, lengkuas dan ada yang tak guna bawang langsung.. ada yang guna ikan bilis sebagai perencah dan ada juga yang guna udang.. ada yang campur pucuk ubi dengan daun pucuk kaduk dan pucuk labu dan ada yang tak.. tapi dari hasil yg diperolehi nampaknya macam SEDAP jer semuanya..

Oklah.. hari ni saya masak Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Campur Petai ikut resepi original orang negeri 9.. panjangnye pulak nama resepi ni.. padahal orang negeri 9 panggil nama masakan ni SAMBAL DAUN KAYU jer hihi.. oklah.. jom semak bahan2nya..

amacam??? .. nasi sepinggan tak cukup punya..


Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai
 
Bahan-bahan di HIRIS KASAR
  • 1 ikat pucuk ubi - hiris kasar
  • 10 helai daun pucuk kaduk - hiris kasar (saya x masukkan pun )
  • 10 helai pucuk labu - hiris kasar (ni pun sama, x beli hihi)
 Bahan-bahan di HIRIS HALUS
  • 3 helai daun kunyit 
  • 4 batang serai 
 Bahan-bahan di TUMBUK
  • 20 biji cili api 
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 genggam ikan bilis
Bahan-bahan lain
  • 6 sudu besar tempoyak
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 papan petai
  • 1 keping asam keping
  • garam bukit secukupnya.
Cara membuatnya:
  1. Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
  2. Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk.
  3. Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
  5. Masak hingga mendidih dan masukkan garam.
  6. Masak ikut kepekatan yang dikehendaki. 
*kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu shj.. sukatan bahan lain tetap sama.
*resepi ni memang tak guna bawang.

Selamat Mencuba!

Thursday, November 22, 2012

Udang Galah Nenas

Sempena kejayaan anakanda sulung saya dalam UPSR baru2 ni, saya masak Udang Galah Nenas Masak Cili Padi.. cleaaarr!!! hihi.. resepi nanti saya update..


Sambal Tempe Ikan Bilis


Jamu mata dulu.. resepi akan menyusul nanti.. :)

Wednesday, November 21, 2012

Kembong Masak Kuning

Saya masak Kembong Masak Kuning ni semalam.. dah lama tak masak kuning.. kat rumah mak saya masakan ni juga dikenali dengan nama Kembong Masak Air atau Kembong Masak Pindang.. ikut suka lah nak panggil nama apa hihi.. masaknya sangat2 lah mudah.. rasanya pun sedap.. leh wat menu diet tau.. ialah mana ada guna santan.. cuma air jer..

Nak cuba? jom semak resepi k..


 Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembong
(cuci dengan air asam keping)

2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 batang serai*
2 ulas bawang puti* (*ketuk-ketuk jer)

5 biji bawang merah
10 biji cili api
3 keping asam keping
1 helai dun kunyit - carik2 jer
1 sudu teh serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Tumbuk cili api dengan bawang merah sampai lumat.Masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali ikan dan masukkan air anggaran 300ml ke dalam periuk tadi.
  3. Masak sehingga mendidih dan baru masukkan ikan kembung yang telah diperap asam keping tadi.
  4. Tambah air jika kurang.. tahap air ikut kehendak masing2.. tapi jangan lebih dari 3/4 paras ikan tadi.. nanti cair pula rasa gulainya.
  5. Biarkan mendidih seketika dan tambah garam secukupnya dan sedikit bahan perasa (secubit shj)
Senang jer kan.. Selamat Mencuba!

Saturday, November 17, 2012

Apam Polkadot & Tips

Resepi kali ni saya ambik dari blog galerymamamimi .. memang sedap ar apam polkadot ni walaupun dah sejuk.. lembut jer apam tu.. terima kasih yer mamamimi sebab sudi berkongsi tips yang sangat2 berguna ni..

Pada kawan2 yang nak mencuba, resepinya ada dibawah ni yer..




APAM STRAWBERI/Apam Polkadot
 Resepi : Ain Rusli
 Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

Tuesday, November 6, 2012

Kuih Cara Berlauk Kari Daging

Kuih cara berlauk ni memang sedap.. saya, suami dan anak2 makan berketul2 setiap kali masak kuih ni.. nak buatnya takde lah susah mana.. inti daging tu kita boleh buat malamnya dan masukkan dalam peti ais.. bila nak masak kuih ni keluarkan setengah jam dari peti ais.. lepastu kita bancuh adunan tepung jer.. itupun saya main blend jer hihi.. senang jerkan.. tak ambik masa sangatkan.. oklah.. kalau ada yang nak cuba, resepinya ada kat bawah k..


BAHAN UNTUK INTI

  • 200 gm daging kisar (1/2 keping daging cincang Ramly Burger)
  • 3 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 1/2 biji bawangbesar (sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh udang kering
  • Garam dan sedikit gula

BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Blend bawang putih dan bawang merah dan tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blender dengan udang kering, tumis kekuningan sikit dan masukkan rempah kari yang dah dipeskan (bancuh dgn air) dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.

UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
  • blender jer semua bahan

CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 5 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

Monday, November 5, 2012

Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang


 Resepi Nasi Dagang dah ada.. tak lengkap lah kan kalau takde resepi Gulai Ikan Tongkol nya pulak kan.. so jom.. kita tengok bahan-bahan yang saya guna untuk gulai Ikan Tongkol ni.. Resepi asal saya ambik dari blog kakyati... boleh rujuk SINI, cuma rempah gulai tu saya beli yang dah siap dari jiran. Kalau nak beras campuran untuk nasi dagang pun dia ada jual dengan harga RM8.90 1kg.

Langkah Pertama: Rebus ikan tongkol semalamnya dan simpan dalam peti ais.


 Bahan-bahannya:
  • 2 ekor ikan tongkol
  • 7 keping asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Bahan-bahan rempah ratus:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 10 biji bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup* (*diblend)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 peket rempah gulai nasi dagang - peskan
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • air secukupnya
  • air asam jawa
  • 1/2 cawan gula melaka/gula merah
  • garam
  • 10 - 15 biji cili api - takyah belah
  • minyak untuk menumis
Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
  2. Biarkan hingga naik bau dan masukkan cili kisar.
  3. Goreng cili hingga garing dan masukkan bahan-bahan yang diblend. 
  4. Masak hingga garing dan masukkan rempah gulai yang dipeskan.
  5. Masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan santan cair dan renihkan hingga kuah mendidih dan kacau selalu.
  7. Masukkan air rebusan ikan dan jus asam jawa.
  8. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih, masukkan gula melaka, garam dan gula. 
  9. Masukkan ikan yang telah direbus semalam dan renih hingga kepekatan yang disukai.
  10. Masukkan cili padi dan masak sekejap dan padamkan api.

Sunday, November 4, 2012

Nasi Dagang Terengganu


Fuh fuh fuh.. berhabuk rasanya blog saya ni tak dijengah.. banyak dah gambar2 dan resepi yang menunggu giliran nak diupdatekan.. hampir 2 minggu saya sekeluarga balik kampung mil.. masa kat rumah mil, berukben saya sangat2 lah menyedihkan serbisnye.. terpaksalah saya pendam perasaan yang membuak2 nak update itu ini kat sini.. cehhh ayat kikiki... oklah xmo cakap banyak.. jom kita tengok resepi nasi dagang terengganu ni.. kalau nasi dagang kelantan kaler coklat2 sikit tapi yang ni kaler putih jer..

Bahan A
  • 4 cawan beras siam wangi ]
  • 1 1/2 cawan beras pulut    ] (rendam sekurangnya2 4 jam)
 Bahan B:
  • 10 biji bawang merah - di mayang 
  • 2 inci halia - dimayang  
  • 1500 ml santan  
  • 2 camca besar halba 
  • 1 camca teh garam 
  • ½ camca teh gula

Cara Membuatnya:

  • Campur, bersihkan dan rendam beras dahulu selama 4-5 jam. 
  • Kemudian kukus hingga hampir masak,  
  • Bila hampir masak, keluarkan ke dalam mangkuk besar,  
  • Gaul bersama campuran bahan B iaitu halba, santan, bawang merah dan halia yang telah dimayang, garam dan sedikit gula, gaul lagi sehingga sebati.. biarkan seketika dalam 5 minit dan kemudian kukus semula hingga masak.

Monday, October 22, 2012

Kek Batik Badam

Takde keja.. tu lah dia.. orang malam tidur, awak dok mengodek kat dapur.. yerlah.. si twin adik takmo tidur.. karang sat sat dia meniarap pastu nangis.. dari pening paler dok tidur macamtu lebih baik saya gi masuk dapur wat sesuatu.. intai2 bahan2 pun ada, hurmm apa lagi.. dah lama dah nak buat.. tapi sebab pikirkan nanti manis sangat (sebab pernah rasa dari seorang teman) tu yang asik tertangguh tu.. nak repair resepi orang ni nak kena ada mood.. karang jadi tak sedap pulak.. baru naya kan hihi..

So bila sebut jer kek batik ni pasti terbayang biskut meri ngan coklat n milo.. fuhhhh yummy... tadi masa jalan2 kat blog kakzue semanis gula, tercari resepi kek batik kat situ.. wah kakzue buat kek batik kekacang.. yess!!! kek batik almond nibs.. saya tak ikut sangat bahan-bahan yang kakzue guna sebab saya ejas ikut kemanisan yang saya nak.. tanpa tangguh2, operasi pun dimulakan.. hinggalah jam menunjukkan kol 5.08 minit pagi.. siap untuk dibekukan..


 Jom semak bahan-bahannya:

Bahan A:
1 bungkus biskut merie ~ perisa kopi
100 gm almond nibs

Bahan B:
250 gm dark coklat compound beryl's
50 gm milk coklat compound beryl's
1/2 cawan milo
1 1/2 cawan susu cair
100 gm butter
1/4 cawan gula perang

Cara membuatnya:
  • cairkan secara double boiler kesemua bahan2 B. Bila dah cair, tutup api dan masukkan 50gm almond nibs ke dalam bancuhan coklat tadi. Kacau rata.
  • masukkan biskut merie yang dah dipatah2kan.. gaul sebati.
  • dalam loyang yang dilapik dengan alluminium foil, taburkan sedikit almond nibs.. dan baru tuangkan adunan biskut merie tersebut ke dalam loyang..
  • tekan adunan hingga mampat.. dan akhir sekali, tabur baki almond nibs yang ada.. dan bekukan sekuranang2nya 4 jam..

tadaaaa.... kek batik badam yang dah beku.. rupa batiknya kurang menyerlahkan..  ni disebabkan saya guna biskut merie kaler coklat perisa kopi.. tapi rasanya memang terbaik! :D






Saturday, October 20, 2012

Buttercream yang halus dan sedap

Hari ni saya nak share resepi buttercream yang bagi saya sangat2lah sedap.. halus jer kejadiannya.. alhamdulillah akhirnya saya dapat juga hasilkan buttercream yang sedap ditekak saya dan anak2.. buttercream ni saya buat untuk lepa kat atas cupcake yang ditempah oleh seorang teman.. untuk jamuan akhir tahun anak2 kat sekolah katanya.. alhamdulillah teman saya tu pun suka dengan buttercream yang saya buat tu.. nak cuba? resepinya ada dibawah ni yer..




utk 30 bji cupcake

250gm butter
150gm krimwell
200gm gula aising - ayak 3x
1 st essence vanila

Cara membuatnya:
  • Putar butter dan krimwell dengan kelajuan sederhana hingga kembang.
  • Masukkan gula aising yang dah diayak 3x sedikit demi sedikit dan putar hingga kembang dan halus. 
  • Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.
  • Asingkan ke dalam beberapa bekas lain untuk diwarnakan.
  • Masukkan kedalam piping bag dan bole mula mendeko..

Wednesday, October 17, 2012

Buttercream Resepi KakNor

Tadi saya jalan2 kat blog anna.. terjumpa resepi buttercream ni.. siap ada tips lagi.. terima kasih banyak2 sebab anna ngan kaknor sudi share tips2 untuk buat buttercream yang sedap.. saya mohon share kat sini untuk rujukan saya yer.. tkasih :)

Buttercream Kak Nor:
Buttercream (My Style)
~ utk melepa/sapuan atas/keliling kek

  • 250gm butter
  • 75gm shortening
  • 125gm gula icing
  • 1 sudu kecil vanila
Cara:
  • Ayak gula icing 2 - 3 kali. Asingkan yg kasar jika ada.
  • Pukul butter dan shortening hingga kembang dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
  • Pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  • Masukkan vanila dan pukul lg hingga sebati.
  • Boleh la digunakan utk mendeco.

*Kalau utk membentuk roses/swirl dll
gula boleh ditambah hingga sukatan menjadi 200gm atau lebih
lebih banyak gula digunakan lebih kental BC yg dihasilkan.

* Kalau nak buat chocolate/ganache buttercream:
(tambahkan kedalam adunan buttercream yg basic td)

100gm cooking chocolate

cairkan secara double boil dan sejukkan sebentar.
Masukkan dlm step terakhir bila adunan BC dah cukup kembang.
Pukul hingga sebati lebih kurang 3 - 5 min.

Tip2 dlm membuat BC:
1. gula icing hendaklah diayak 2 - 3 kali utk mendapatkan gula yg betul2 halus supaya tekstur BC kita halus dan cantik
2. kaedah memukul/beat BC - jgn guna kelajuan tinggi, biarlah dlm kelajuan sederhana supaya BC kita kembang dgn elok dan sekata
3. utk mendapatkan BC yg lebih kental, tambahkan sukatan gula dlm adunan.
4. penggunaan shortening dlm adunan membuatkan BC kita lebih putih dr menggunakan butter secara keseluruhannya.
5. Suhu persekitaran boleh memberi kesan gak pd BC kita. Kalau cuaca panas sgt boleh menyebabkan BC kita mudah menjadi cair.

Tuesday, October 16, 2012

Cheesecream Dapur Kakzu


Cream cheese

500 gm cream cheese
250 gm butter anchor
250 gm gula icing ~ ayak

  1. Keluarkan cis dari peti sejuk terus potong cincang kecik2 ..terus putar bersama anchor butter dengan cara yang sama ..putar sebati aje, jangan sampai kembang..
  2. Last sekali baru masukkan gula icing..insyaallah boleh dapat struktur cis yng kental..

Sunday, October 14, 2012

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Dah banyak hari dah teringin nak buat kek ni.. tapi macam tak confident la pulak.. tapi semalam, semangat dari mana datang ntah, saya tekad nak buat juga kek ni.. jadi atau tak tu cerita kedua.. cerita pertama buat dulu.. waaahhhh.. hebat tak hebatlah nekad tu hihi.. cepat2 suh encik asben gi beli telur ngan susu segar.. cream cheese memang dah beli 3,4 hari lepas.. ingat nak wat cream cheese frosting.. xpelah.. nanti2 boleh beli lagi.. bahan2 lain semua ada.. so.. apalagi.. on terus..

Resepi ni saya rujuk kat blog ummizaihadi.. katanya ummi dapat resepi ni kat MyResepi.. resepi Alma.. tkasih ummi & Alma coz sudi berkongsi resepi cheese cake yang sedap ni.. inilah buat pertama kalinya saya buat cheese cake dan masak secara waterbath.. risau gak takut nanti kek saya lak yang banjir hihi.. tapi alhamdulillah.. saya follow betul2 step yang ummi bagi.. dan hasilnya... tadaaaa....






Lembut dan sedap sangat.. anak2 ngan asben pun suka kek ni.. tak mau cerita banyak.. jom kena seketul lagi..hurmmm... wallaaaaaaah..

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara:-
Utk adunan A:
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).



Wednesday, October 10, 2012

Cream Cheese Frosting ~ Masam Manis

Berderet entry rujukan untuk topping kek.. kali ni saya copy resepi wat Cream Cheese Frosting.. juga dari blog kak ita Masam Manis.. mohon dihalalkan yer kak..

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 

Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula 
*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.

Fresh Cream Frosting ~ Masam Manis

Sebagai rujukan, fresh cream frosting ni saya copy dari blog kakita Masam Manis.. saya yakin dengan resepi kakita ni.. halalkan saya tempekkan kat sini yer kak..
 
FRESH CREAM FROSTING

By: Wilton
Rujukan : Kak Cek

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila
Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
Decoration ikut citarasa memasing ya...

Buttercream Kakita Masam Manis

Resepi ni saya copy dari blog kak ita.. blog Masam Manis.. saya asingkan dari resepi keknya sebab senang pada saya nak rujuk bila nak buat buttercream nanti.. 
 
Kak Ita cadangkan, kalau nak buat cream yang tahan lama macam kita nak buat hantaran dan tak mau dia cepat cair dalam perjalanan cuba resepi ni..

BUTTERCREAM

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.

Tuesday, October 9, 2012

Kek Coklat Moist

Baru kejap tadi saya mencuba resepi Kek Coklat Moist dari blog jintanmanis.com ... biasa kalau wat kek coklat moist saya kukus jer.. tapi kali ni saya cuba yang bakar pulak.. Saya betul2 terpegun dengan kelembutan, kegebuan dan kesedapan kek coklat moist ni.. memang terbaik lah!! tak manis sangat dan tak muak.. resepi kek macamnilah yang saya cari selama ni.. terima kasih kepada tuan blog jintanmanis yang berkongsi resepi yang sangat-sangat sedap ni.. mohon saya share resepinya di sini yer..

 makan seketul dua tak cukup.. tu belum letak coklat ganache lagi..


gebu gebassss... terbaik!!

Jom semak resepinya..

Bahan-bahan yang digunakan:
(dpt 15bji cupcake size S)

2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*
1 1/2 sudu kecil baking powder*
1 /2 sudu kecil soda bikarbonat*
1ct garam*

*semua bahan di atas mesti di ayak terlebih dahulu.

1 1/4 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan minyak  masak
1 cawan susu segar

Cara-caranya membuatnya:

1. Mula-mula asingkan putih dan kuning telur, putar putih telur hingga kembang baru masukkan gula, kemudian masukkan kuning telur, susu segar dan minyak, akhir sekali baru masukkan tepung yang telah diayak. kacau kaup balik dan pastikan tepung betul-betul sebati.

2. Gris loyang dengan minyak/butter dan alas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180 darjah selama 50 ke 60 minit atau kukus selama 1 setengah jam.

3. Tapi saya masukkan adunan dalam mangkuk kek yang comel-comel tu. Saya masukkan adunan separuh penuh jer dan bakar selama 35 minit pada suhu 170 darjah.

3. Keluarkan dan sejukkan  di atas redai, setelah sejuk baru dihias dengan cooking coklat  Selamat Mencuba.

Popular Posts