Monday, January 7, 2013

Kerapu Tiga Rasa

Hari ni saya masak ikan yang dah berhari dok dalam peti ais ni.. haritu asben beli 2 ekor ikan kerapu ni, sekor saya dah bakar.. tinggal sekor ni lah yang tak masak2 lagi.. ikan ni besar.. masa menggoreng ikan ni, alahai kena masukkan sebahagian2.. bila bahagian kepala dah garing saya tolak pulak bahagian ekor dalam minyak panas tu.. kalau potong nanti tak cantik pulak.. boleh gitu hihi..

Oklah jom kita semak resepi Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa..


Bahan-bahannya:

Seekor ikan kerapu - bersihkan, kelar, lumur garam dan kunyit

Bahan-bahan Sos Tiga Rasa

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili padi
1 cawan sos thai
2 sudu besar minyak masak

1 biji tomato - potong dadu
1/4 biji nenas - potong dadu
garam

Cara membuatnya:
  1. Goreng ikan kerapu hingga garing
  2. Sementara tu, bolehlah sediakan bahan untuk sos tiga rasa.
  3. Tumbuk sebiji bawang besar, bawang putih hingga lumat.
  4. Kemudian tumbuk halia 2,3 kali saje, tak perlu tumbuk hingga lumat.
  5. Tumbuk sekali cili padi hingga pecah2, juga tak perlu lumat.
  6. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga hampir garing.
  7. Masukkan sos thai, nenas dan tomato yang dah dipotong dadu.
  8. Masukkan garam dan masak hingga sos pekat,
  9. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan balik2kan seketika.
  10. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi, dan siap untuk dihidangkan.
note: seeloknya bawang ditumbuk, atau blend dgn air yg sgt minima..

No comments:

Post a Comment