Saturday, November 17, 2012

Apam Polkadot & Tips

Resepi kali ni saya ambik dari blog galerymamamimi .. memang sedap ar apam polkadot ni walaupun dah sejuk.. lembut jer apam tu.. terima kasih yer mamamimi sebab sudi berkongsi tips yang sangat2 berguna ni..

Pada kawan2 yang nak mencuba, resepinya ada dibawah ni yer..




APAM STRAWBERI/Apam Polkadot
 Resepi : Ain Rusli
 Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

Tuesday, November 6, 2012

Kuih Cara Berlauk Kari Daging

Kuih cara berlauk ni memang sedap.. saya, suami dan anak2 makan berketul2 setiap kali masak kuih ni.. nak buatnya takde lah susah mana.. inti daging tu kita boleh buat malamnya dan masukkan dalam peti ais.. bila nak masak kuih ni keluarkan setengah jam dari peti ais.. lepastu kita bancuh adunan tepung jer.. itupun saya main blend jer hihi.. senang jerkan.. tak ambik masa sangatkan.. oklah.. kalau ada yang nak cuba, resepinya ada kat bawah k..


BAHAN UNTUK INTI

  • 200 gm daging kisar (1/2 keping daging cincang Ramly Burger)
  • 3 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 1/2 biji bawangbesar (sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh udang kering
  • Garam dan sedikit gula

BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Blend bawang putih dan bawang merah dan tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blender dengan udang kering, tumis kekuningan sikit dan masukkan rempah kari yang dah dipeskan (bancuh dgn air) dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.

UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
  • blender jer semua bahan

CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 5 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

Monday, November 5, 2012

Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang


 Resepi Nasi Dagang dah ada.. tak lengkap lah kan kalau takde resepi Gulai Ikan Tongkol nya pulak kan.. so jom.. kita tengok bahan-bahan yang saya guna untuk gulai Ikan Tongkol ni.. Resepi asal saya ambik dari blog kakyati... boleh rujuk SINI, cuma rempah gulai tu saya beli yang dah siap dari jiran. Kalau nak beras campuran untuk nasi dagang pun dia ada jual dengan harga RM8.90 1kg.

Langkah Pertama: Rebus ikan tongkol semalamnya dan simpan dalam peti ais.


 Bahan-bahannya:
  • 2 ekor ikan tongkol
  • 7 keping asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Bahan-bahan rempah ratus:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 10 biji bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup* (*diblend)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 peket rempah gulai nasi dagang - peskan
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • air secukupnya
  • air asam jawa
  • 1/2 cawan gula melaka/gula merah
  • garam
  • 10 - 15 biji cili api - takyah belah
  • minyak untuk menumis
Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
  2. Biarkan hingga naik bau dan masukkan cili kisar.
  3. Goreng cili hingga garing dan masukkan bahan-bahan yang diblend. 
  4. Masak hingga garing dan masukkan rempah gulai yang dipeskan.
  5. Masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan santan cair dan renihkan hingga kuah mendidih dan kacau selalu.
  7. Masukkan air rebusan ikan dan jus asam jawa.
  8. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih, masukkan gula melaka, garam dan gula. 
  9. Masukkan ikan yang telah direbus semalam dan renih hingga kepekatan yang disukai.
  10. Masukkan cili padi dan masak sekejap dan padamkan api.

Sunday, November 4, 2012

Nasi Dagang Terengganu


Fuh fuh fuh.. berhabuk rasanya blog saya ni tak dijengah.. banyak dah gambar2 dan resepi yang menunggu giliran nak diupdatekan.. hampir 2 minggu saya sekeluarga balik kampung mil.. masa kat rumah mil, berukben saya sangat2 lah menyedihkan serbisnye.. terpaksalah saya pendam perasaan yang membuak2 nak update itu ini kat sini.. cehhh ayat kikiki... oklah xmo cakap banyak.. jom kita tengok resepi nasi dagang terengganu ni.. kalau nasi dagang kelantan kaler coklat2 sikit tapi yang ni kaler putih jer..

Bahan A
  • 4 cawan beras siam wangi ]
  • 1 1/2 cawan beras pulut    ] (rendam sekurangnya2 4 jam)
 Bahan B:
  • 10 biji bawang merah - di mayang 
  • 2 inci halia - dimayang  
  • 1500 ml santan  
  • 2 camca besar halba 
  • 1 camca teh garam 
  • ½ camca teh gula

Cara Membuatnya:

  • Campur, bersihkan dan rendam beras dahulu selama 4-5 jam. 
  • Kemudian kukus hingga hampir masak,  
  • Bila hampir masak, keluarkan ke dalam mangkuk besar,  
  • Gaul bersama campuran bahan B iaitu halba, santan, bawang merah dan halia yang telah dimayang, garam dan sedikit gula, gaul lagi sehingga sebati.. biarkan seketika dalam 5 minit dan kemudian kukus semula hingga masak.

Popular Posts