Sunday, September 27, 2015

CHICKEN POP CORN

Isi Ayam kat umah saya ni tak laku klau buat masak2 gulai, masak merah ke.. paprik ke.. Tapiii klau wat Chicken Popcorn.. gerenti clear...

Chicken Popcorn utk anak2 dah siap.. dah habis sepinggan pun..bila anak2 dah kenyang.. baru boleh snap pic popcorn yg lebih tu.. hehe.. Resepi mudah je.. Jom tengok resepi nye..





Bahan-bahan
Isi Ayam
Tepung bistari
Telur
Lada hitam - kisar halus

Cara buatnye..
Isi ayam potong dadu - nipis2 sikit
Tapis supaya air Ayam keluar..
Dah tapis, tabur tepung dan gaul.. biar 5mnit

Dlm mangkuk lain..pecahkan telur Dan pukul ..

Dlm Tupperware bertutup.. letak tepung bistari tu.. Yg original utk anak2 ..

Masukkan Ayam yg dah gaul dgn tepung tdi ke dlm telur.. Gaul2 dan angkat satu2 masukkan ke dlm Tupperware berisi tepung tdi.. Tutup dan kocak2 bagi tepung salut sekata..

Panaskan minyak.. dan goreng hingga kekuningan..

Utk versi pedas..
Dlm Tupperware masukkan tepung spicy bistari & Serbuk lada hitam.. Buat langkah yg sama mcm tdi..

Tu je.. Simple & sedap.. Selamat mencuba..

Friday, September 25, 2015

LAKSA PERAK RESEPI BONDA

Sajian Aidiladha semalam...
Alhamdulillah semalam dapat menikmati juadah laksa, rendang daging, rendang ayam & nasi impit.
Tapi pic x sempat nak snap sebab bz bersembang dgn kazen2 hihihi..
Meh la layan laksa resepi bonda ni.. bonda saya asal Perak..
Laksa beliau memang terbaikk..




Wednesday, August 12, 2015

RESEPI AYAM PERCIK SEDAP

RESEPI AYAM PERCIK
(utk 2 ekor ayam)

Bahan A:
Ayam 2 ekor belah tengah

Bahan B:
100 gm cili kering
3 batang serai
4 biji buah keras
1 inci halia
2 inci lengkuas
sepeket kecil lada hitam (biji)
2 biji bawang besar
7 biji bawang putih
pisang emas ranum 4 biji (dibakar)

Bahan C:
4 ketul Gula Melaka
5 sdb Serbuk cili
250gm Santan pekat
1 cawan susu cair

Bahan D:
Gula
Garam
Serbuk perasa
1 sdk Daun thyme

Cara penyediaan:
1. Basuh ayam hingga bersih
2. Rebus cili kering terlebih dahulu, pastikan biji dibuang
3. Bakar pisang yang ranum di atas dapur. Bakar hingga bau hangit2 pisang
4. Kemudian masukkan semua BAHAN B ke dalam pengisar, dan kisar semua bahan tersebut termasuk pisang dan cili kering yang direbus tadi. Kisar sehingga halus.

**Tujuan kita menggunakan pisang supaya bahan perapan tu nanti akan lebih pekat dan mudah bersalut pd ayam, dan kemanisan buah pisang tersebut akan memberikan kelainan rasa pada perapan tersebut.

5. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak selama 5 minit.
6. Kemudian masukkan semua BAHAN C.
7. Masak sehingga gula melaka tdi hancur dan bahan-bahan lain sebati.
8. Akhir sekali baru masukkan BAHAN D. Ikut citarasa anda.

**Siap. Tuangkan bahan perapan yang dimasak tadi di atas ayam. Dan ratakan perapan ayam pda ayam tersebut dan simpan sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.


NOTE:
Resepi ini juga boleh bagi sesiapa yang tak mahu masak dulu bahan perapan tadi.. Cuma perlu cairkan gula melaka dan campur dgn bahan-bahan lain.


Resepi saya dapat menerusi sharing di FB oleh kwn2 saya. Terima kasih pada Puan Yussuhaida Yusoff yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni naa..



Popular Posts