Tuesday, November 27, 2012

Sambal Tempoyak Ikan Bilis


Dah terliur? fuh fuh fuh.. sabar 2x.. tengah musim durian ni,senang nak dapat tempoyak baru.. lagi baru tempoyak tu lagi sedap buat sambal.. mak saya suka sambal durian.. lagi sedap katanya.. manis.. hihi saya nak tempoyak yang baru tapi nak masam2 gitu.. oh yer.. saya ada tips nak berkongsi dengan kawan2 pasal cara nak memilih tempoyak yang dijual kat pasar atau pasar malam.. biasa kita akan minta tempoyak baru kan.. tapi jangan lah dengan penuh yakin percaya bulat2 kata si peniaga tu.. ramai yang menipu.. ramai yang jual tempoyak lama yang dah tersimpan kat rumah dorang.. time musim ni lah nak habiskan stok lama.. pembeli bukannya tau pilih pun.. kan kan..

Begini cara nak memilihnya.. cuba perhatikan bungkusan plastik tempoyak tu betul2... bukan sebab tempoyak lama plastiknya kusam ok.. plastik tetap sama kualiti.. sama2 baru sebab baru dibungkus.. cuba perhatikan GAS atau WAP yang ada dalam plastik tu.. lagi banyak gas atau wap bermakna tempoyak tu tempoyak baru.. kalau yang dah tak berwap atau wap sikit2 tu, takyah lah beli.. tak sedap.. masam gile! kadang2 tu tempoyak lama ada yang dah tersimpan 2,3 tahun.. huhuuhu.. nak masak gulai pun tak sedap.. so lepas ni jangan tertipu atau di tipu ok..

oklah jom kita semak resepi yang ringkas ni..

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan-bahannya:
  • 7 biji cili api
  • 1/2 genggam ikan bilis - dah belah dua
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 2 cubit garam
Cara menyediakannya:
  1. Di dalam lesung batu, masukkan cili api dan garam sekali, tumbuk cili api hingga lumat.
  2. Masukkan ikan bilis yang dah dibasuh dan ditoskan, tumbuk kasar ..
  3. Gaulkan bahan tumbuk dan masukkan tempoyak ke dalam lesung batu dan gaul hingga sebati.
  4. Keluarkan dan letak diatas piring bersama ulam-ulaman. 
  5. Siap untuk di makan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts