Kuih cara berlauk ni memang sedap.. saya, suami dan anak2 makan berketul2 setiap kali masak kuih ni.. nak buatnya takde lah susah mana.. inti daging tu kita boleh buat malamnya dan masukkan dalam peti ais.. bila nak masak kuih ni keluarkan setengah jam dari peti ais.. lepastu kita bancuh adunan tepung jer.. itupun saya main blend jer hihi.. senang jerkan.. tak ambik masa sangatkan.. oklah.. kalau ada yang nak cuba, resepinya ada kat bawah k..
BAHAN UNTUK INTI
- 200 gm daging kisar (1/2 keping daging cincang Ramly Burger)
- 3 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
- 1 1/2 biji bawangbesar (sederhana besar)
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu teh udang kering
- Garam dan sedikit gula
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan pekat
- 2 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- Pewarna kuning
- Sedikit garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
- Blend bawang putih dan bawang merah dan tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blender dengan udang kering, tumis kekuningan sikit dan masukkan rempah kari yang dah dipeskan (bancuh dgn air) dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
- Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.
UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
- blender jer semua bahan
CARA MEMASAK KUIH
- Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
- Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
- Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
- Tutup gunakan tutup periuk selama 5 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment