Monday, March 21, 2016

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS

Semalam kerajinan datang lagi.. Saya buat biskut Famous Amos.. Sedap biskut ni..
Bahan saya guna ni saya gandakan dari resepi asal..dapat la dalam 50 biji..
Biskut ni tak manis sgt mcm yg jual kat kedai tu.. Klau nak manis, tambah la gula ye hihi..
Jom kita semak bahan2nya..

Bahan A
1/2 cwn gula kaster
1 cwn gula perang
1 cwn mentega / 150gm
1 cwn minyak jagung
2 biji telur gred B
1/2 sk garam
1 sb susu segar @ susu tepung
1 sk vanila extra (sy guna esen vanila)

Bahan B

4 cawan tepung gandum
2 sb serbuk koko
2 sb tepung jagung
1 sk cream of tartar
1 sk soda bikarbonat

Bahan C

1 cwn coklat chip
1/2 cwn badam
Cara membuatnya..

Mix semua bahan A , pukul sehingga sebati dgn whisk..
Dalam mangkuk lain, campur semua bahan B dan ayak.. Kemudian, masukkan adunan tepung yg dah di ayak ni ke dalam mangkuk adunan bahan A tadi.. Masukkan sikit-sikit dan gaul dgn spatula..
Masukkan chocolate chip & badam.. dan gaul lagi..
Adunan agak lembik, takpe.. Masuk mangkuk adunan dalam freeze sekejap..
Panaskan oven.. Sy panaskan pada suhu 160 selama 15 minit..
Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
Bakar selama 20-25 minit ikut oven masing2..

 Sedapnyee.. tak sampai sehari habis..
 
Mix semua bahan A.. kacau sebati
 
Mix dan ayak semua bahan B
 
Masukkan adunan tepung sikit sikit dan gaul dgn spatula..
 
Dah mix adunan A & B, masukkan coklat chip & badam .. gaul kejap..
 
Adunan agak lembik, xpe.. Masukkan dlm freezer..
 
Bentukkan guna sudu atau dgn tangan.. Sy suka guna sudu, hasilnya lebih cantik..
Bakar pada suhu 160 selama 20-25 minit.. 
 
Lepas 25minit bakar, keluarkan dan letak atas redai.. 
dah sejuk, masukkan dlm bekas..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts