RESEPI AYAM PERCIK
(utk 2 ekor ayam)
Bahan A:
Ayam 2 ekor belah tengah
Bahan B:
100 gm cili kering
3 batang serai
4 biji buah keras
1 inci halia
2 inci lengkuas
sepeket kecil lada hitam (biji)
2 biji bawang besar
7 biji bawang putih
pisang emas ranum 4 biji (dibakar)
Bahan C:
4 ketul Gula Melaka
5 sdb Serbuk cili
250gm Santan pekat
1 cawan susu cair
Bahan D:
Gula
Garam
Serbuk perasa
1 sdk Daun thyme
Cara penyediaan:
1. Basuh ayam hingga bersih
2. Rebus cili kering terlebih dahulu, pastikan biji dibuang
3. Bakar pisang yang ranum di atas dapur. Bakar hingga bau hangit2 pisang
4. Kemudian masukkan semua BAHAN B ke dalam pengisar, dan kisar semua bahan tersebut termasuk pisang dan cili kering yang direbus tadi. Kisar sehingga halus.
**Tujuan kita menggunakan pisang supaya bahan perapan tu nanti akan lebih pekat dan mudah bersalut pd ayam, dan kemanisan buah pisang tersebut akan memberikan kelainan rasa pada perapan tersebut.
5. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak selama 5 minit.
6. Kemudian masukkan semua BAHAN C.
7. Masak sehingga gula melaka tdi hancur dan bahan-bahan lain sebati.
8. Akhir sekali baru masukkan BAHAN D. Ikut citarasa anda.
**Siap. Tuangkan bahan perapan yang dimasak tadi di atas ayam. Dan ratakan perapan ayam pda ayam tersebut dan simpan sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.
NOTE:
Resepi ini juga boleh bagi sesiapa yang tak mahu masak dulu bahan perapan tadi.. Cuma perlu cairkan gula melaka dan campur dgn bahan-bahan lain.
Resepi saya dapat menerusi sharing di FB oleh kwn2 saya. Terima kasih pada Puan Yussuhaida Yusoff yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni naa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Setelah beberapa hari simpan resepi ayam goreng ni.. saya pun mencubalah semalamnya.. memang rangup ke pagi ni seredaknya.. ayamnya? licin!...
-
Sape suka samprit angkat tangan? hihi..hari ni baru 3 Ramadhan tapi sy dah mula mengumpul resepi-resepi biskut yang sedap.. hajat hati na...
-
Sebelum ni saya pernah baca tentang perbezaan antara Dairy Wipping Cream dengan Non Dairy Wipping Cream tapi saya dah lupa kat mana saya ...
-
Wahh.. Jap Jap.. Sapu sawang dulu hehe.. Ok dahh.. Jom kita hari ni mencuba resepi dari Cikgu popular Cikgu Ina.. Semoga bertambah rezeki...
-
Kalau kita wat research sikit resepi ni lam internet ni, rasa x tau nak ikut resepi mana satu.. ada macam2 version.. ada yang guna bawang, h...
-
Isi Ayam kat umah saya ni tak laku klau buat masak2 gulai, masak merah ke.. paprik ke.. Tapiii klau wat Chicken Popcorn.. gerenti clea...
-
Dah menjadi kebiasaan saya bila balik rumah mertua.. pasti ada menu special yang akan kami masak bersama.. kali ni kami masak Nasi Beriani D...
-
Siapa pernah buat cara begini untuk cairkan coklat?? caranya: dengan panaskan air dalam periuk dan bila mendidih, anda letak mangkuk coklat ...
-
Dah lama tak buat kek.. kene lah gali balik ilmu-ilmu dan tips-tips dari otai-otai kita.. Tips ni saya dapat dari blog kakzu semanis gula.. ...
-
Tadi saya jalan2 kat blog anna.. terjumpa resepi buttercream ni.. siap ada tips lagi.. terima kasih banyak2 sebab anna ngan kaknor sudi s...
No comments:
Post a Comment