Siapa pernah buat cara begini untuk cairkan coklat?? caranya: dengan panaskan air dalam periuk dan bila mendidih, anda letak mangkuk coklat di atas periuk tersebut dan cairkan ketika api masih on lagi..
Tahukah anda, cara tu sebenarnya salah.. teknik tu digunakan kalau kita guna coklat masakan je.. tapi kalau kita guna coklat compound.. tak boleh buat begitu..
Cara untuk cairkan coklat compound ni lain sikit sebab suhu tak boleh tinggi sangat.. caranya begini..
Peralatan yang diperlukan:
Termos
Mangkuk aluminium
Spatula plastik
Acuan coklat
Piping bag
Tuala untuk mengelap
Cara-cara :
1. Potong coklat susu dan coklat gelap kecil2 supaya senang cair.
2. Masukkan air panas ke dalam termos, pastikan tidak menyentuh dasar
mangkuk alum apabila di letakkan. Letakkan mangkuk alum di atas termos
berisi air panas.
3. Masukkan potongan coklat, biarkan selama 10 minit hingga bahagian bawah coklat mencair.
4. Gunakan spatula plastik dan kacau coklat hingga mencair sepenuhnya.
Angkat dan lap bahagian bawah mangkuk supaya air tidak menitik ke dalam
coklat apabila di tuang ke dalam piping bag.
5. Ikat bahagian atas piping bag dan gunting sedikit muncungnya. Picit separuh coklat ke dalam acuan.
Tak susahkan.. tekstur coklat pun cantik je tau.. cuba lah..
Monday, May 25, 2015
Wednesday, May 6, 2015
RESEPI CONFLAKES MADU PEDAS & RANGUP
Hari ni saya nak share resepi CORNFLAKES MADU PEDAS RANGUP pulak.. sedap usah kata lah.. krup krap dalam mulut nguyah hihi.. boleh buat untuk santapan hari raya jugak..
Jom tengok bahan2nya..
Kat bawah ni saya ada share gambar antara step2 membuatnya ye.. SELAMAT MENCUBA!
Jom tengok bahan2nya..
Bahan-bahan :
- 1 kotak cornflakes 275g
- 1 mangkuk ikan bilis - saya panggang
- 1 mangkuk kacang tanah - saya panggang juga
- 1 biji bawang besar (ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 4 sudu cili kering kisar
- 8 sudu madu
- 1 sudu kfc garam - saya guna garam bukit ·
- 100 g mentega +/- - saya guna minyak masak
Cara-cara :
- Cairkan mentega dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai cili garing.
- Masukkan garam dan madu. Kacau sebati.
- Masukkan kacang tanah dan ikan bilis panggang tadi dan kacau lagi.. kemudian masukkan conflakes dan kacau rata hingga sebati.
- Panaskan oven pada suhu 170C- 180C
- Taburkan conflakes yang dah digaul dengan sambal tadi ke atas dulang pembakar. Dan bakar dalam 3-5 minit je.. jangan sampai hangus..
- Sejukkan sebelum sinpan dalam balang
Kat bawah ni saya ada share gambar antara step2 membuatnya ye.. SELAMAT MENCUBA!
Tadaaa.... amacam??
Tuesday, May 5, 2015
RESEPI KUIH KASUI
Sebenarnya Kuih Kasui ni dah lama saya buat.. cuma tak sempat nak masukkan ke sini lagi.. resepi kali ni saya guna resepi dari kak MadihaA .. memang sedap..!! feberet mak saya ni :D
Jom kita semak bahan-bahannya..
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula merah
1/2 cawan tepung ubi
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur (masukkan 1/4 cawan air dalam bekas kapur makan & kacau sikit gunakan jari untuk hasilkan air kapur yang sederhana pekat, kemudian baru sukat)
3 sudu besar kicap manis (untuk warna & menaikkan rasa lemak - saya tak letak)
7 cawan air
Bahan salut
1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
(kukus sebentar untuk elak cepat basi)
Cara menyediakannya
1. Masak gula merah bersama 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 4 cawan air lagi.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung ubi dalam satu bekas dan gaulkan. Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil kacau rata menggunakan whisker. Campurkan air kapur dan kicap & kacau sehingga tiada berbintil. Tapiskan adunan ke dalam loyang saiz 10"
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang 45-55 minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih.
5. Setelah masak, jika ada air dipermukaan kuih bolehlah dibuang dengan mengereng sedikit loyang & cedok dengan sudu. Boleh juga ambil tisu dapur & lapkan permukaan kuih.
6. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong & salut dengan kelapa parut.
Note: Kata Kak MadihaA, kalau nak manis boleh tambahkan sikit gula pasir dalam adunan semasa membancuh. Boleh rasa adunan sebelum kukus untu agak manis dah ok atau belum.
Ok sekian.. Selamat Mencuba!
INILAH PADAHNYA BILA JARANG UPDATE BLOG
Alhamdulillah akhirnya saya dapat semula blog saya ni..
dah berbulan saya mencari.. kadang-kadang putus asa pun ada..
selalunya saya tulis dalam buku mana2..
tu lah.. tulis pun dalam buku mana2 kan.. nak cari bukunya tu pun satu hal hihi..
ni semua sebab jarang2 sangat update sampai saya lupa email dan password blog ni.. tapi tu lah klau kita buat keje dgn hati tak tenang, memang susah nak dapat solutionnya..
anyway..TQ MR GOOGLE!
dah berbulan saya mencari.. kadang-kadang putus asa pun ada..
selalunya saya tulis dalam buku mana2..
tu lah.. tulis pun dalam buku mana2 kan.. nak cari bukunya tu pun satu hal hihi..
ni semua sebab jarang2 sangat update sampai saya lupa email dan password blog ni.. tapi tu lah klau kita buat keje dgn hati tak tenang, memang susah nak dapat solutionnya..
anyway..TQ MR GOOGLE!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Setelah beberapa hari simpan resepi ayam goreng ni.. saya pun mencubalah semalamnya.. memang rangup ke pagi ni seredaknya.. ayamnya? licin!...
-
Sape suka samprit angkat tangan? hihi..hari ni baru 3 Ramadhan tapi sy dah mula mengumpul resepi-resepi biskut yang sedap.. hajat hati na...
-
Sebelum ni saya pernah baca tentang perbezaan antara Dairy Wipping Cream dengan Non Dairy Wipping Cream tapi saya dah lupa kat mana saya ...
-
Wahh.. Jap Jap.. Sapu sawang dulu hehe.. Ok dahh.. Jom kita hari ni mencuba resepi dari Cikgu popular Cikgu Ina.. Semoga bertambah rezeki...
-
Kalau kita wat research sikit resepi ni lam internet ni, rasa x tau nak ikut resepi mana satu.. ada macam2 version.. ada yang guna bawang, h...
-
Isi Ayam kat umah saya ni tak laku klau buat masak2 gulai, masak merah ke.. paprik ke.. Tapiii klau wat Chicken Popcorn.. gerenti clea...
-
Dah menjadi kebiasaan saya bila balik rumah mertua.. pasti ada menu special yang akan kami masak bersama.. kali ni kami masak Nasi Beriani D...
-
Siapa pernah buat cara begini untuk cairkan coklat?? caranya: dengan panaskan air dalam periuk dan bila mendidih, anda letak mangkuk coklat ...
-
Dah lama tak buat kek.. kene lah gali balik ilmu-ilmu dan tips-tips dari otai-otai kita.. Tips ni saya dapat dari blog kakzu semanis gula.. ...
-
Tadi saya jalan2 kat blog anna.. terjumpa resepi buttercream ni.. siap ada tips lagi.. terima kasih banyak2 sebab anna ngan kaknor sudi s...